it's about SYIAH. seperti yang semua faham SYIAH ini merupakan golongan Penyokong Saidina Ali yang sangat Kuat.Golongan Syiah mendakwa bahawa merekalah golongan yang paling kuat berpegang dengan ajaran Islam dan paling bersih fahamannya. Serentak dengan itu mereka menyerang golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan sehebat-hebatnya kerana mereka yakin dengan terhapusnya golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah barulah matlamat mereka tercapai.
keep continue reading this post. untuk pengetahuan bersama.
Oleh kerana pembawa fahaman Sunnah dan Jamaah itu
terdiri dari para sahabat Rasulullah s.a.w. dan yang paling utama dari
mereka ialah khalifah-khalifah Baginda bertiga sebelum Saidina Ali r.a.
maka mereka menjadikan peribadi-peribadi ini sebagai sasaran mereka
dengan menimbulkan berbagai-bagai persoalan di sekitar kehidupan mereka.
Kita akan mengemukakan beberapa persoalan yang selalu ditimbulkan oleh Syiah serta jawapannya di sini, in shaa Allah.
KHILAFAH DAN IMAMAH
a) Imamah adalah suatu perkara yang penting kerana ia
adalah penerusan kepada usaha Nabi s.a.w. Oleh itu ia sepatutnya
ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tidak mungkin perkara ini
diserahkan kepada manusia. Golongan Syiah mengatakan bahwa Imam selepas
Nabi s.a.w. seramai dua belas orang telah ditentukan berdasarkan nas.
Imam di dalam konsep Syiah ialah orang yang wajib ditaati, terpelihara
daripada dosa dan kesalahan (maksum) dan dilantik dari pihak Allah untuk
makhluk-Nya.
Jawapan :
Memang benar Imamah adalah suatu perkara yang penting
kerana ia merupakan penerusan kepada usaha Nabi, tetapi kita (Ahli
Sunnah Wal Jamaah) tidak menerima dan tidak menganggap perlunya sifat
ismah (keterpeliharaan seseorang Imam atau khalifah daripada dosa dan
kesalahan) pada Imam kerana sifat ismah diperlukan hanya pada Nabi dan
Rasul sahaja untuk menjamin benar-benar terpelihara apa yang
disampaikannya dari Allah s.w.t. berupa wahyu. Oleh kerana tidak ada
lagi Nabi dan Rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam
telahpun sempurna dan lengkap, tidak ada lagi wahyu yang akan turun.
Dengan itu tidaklah lagi diperlukan adanya sifat ismah itu pada sesiapa
pun.
Di dalam ayat 59, surah an-Nisa’ bermaksud, “Hai
orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya dan Ulil Amri di
antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah perkara itu kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul
(Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
akibatnya.”
info: Article Asli
No comments:
Post a Comment